27.6.10

bosan

terkadang kita bosan,
dengan rayuan dan teriak yang sama.
menyeru aku yang tak punya rasa.

sememangnya aku jelak,
dengan adu domba dia yang sudah tidak punya nama.
kerana namanya itu sudah hilang
ditelan ego hitam

likat lendir biru
keluar dari paru-paru
berkat insang pinjaman ratu
aku hirup udara baru
bukan lagi haru biru

tentang hati dan rasa,
dan tangan yang menggenggam tidak lagi punya peluang yang sama
kerna tangan itu sudah tercalit dusta
hati luka
siapa yang berduka?
kita berdua.

dan bahu yang kerap aku kucup - 
bau harum
hilang,
dihinggap kupu-kupu malam
kerana hati kelam
dibayangi nafsu sebesar alam.

****************************************************

"sudah!". ujar Luna.

pom pang pom pang
kepulan asap merebak di udara. malam ini malam liar. Luna senyum sumbing. tepuk bahu aku sekali dua.

"ayuh aku hantar kau pulang. biarkan gagak hitam terus menikmati bangkai. gagak hitam tidak mungkin bertukar merpati putih. dan kau pun bukan tuhan untuk mengubah yang hitam ke putih."

"bangkai itu?bagaimana?" soalku bodoh.

"bangkai memang busuk. penuh dengan pathogen dan parasit membunuh. tiap yang menikmatinya pasti gelap hati. jauhkan diri. dia bukan layak kau untuk berdamping. kau jauh lebih mulia."

Luna terus bawa aku pulang. dia hantar dengan pandangan jauh.

"malam esok pastikan kau swing (main buaian) lagi! jumpa esok"..

angguk kecil. Luna akan dendangkan lagu lagi. haha :))

siapa Luna? click sini.