08 June 2010

baca blog orang

malam ni mata bukak agak luas. esok pagi tak ada kelas. lega? tak juga.. sejak dua menjak ni aku tak boleh sorok 'ketidak seronokkan' berada di kampus Mestech. tempat tinggal semua okay. tapi ada yang so-so bila saja aku berada di kampus.

aku akan hanya jadi semangat bila tengok pagi2 housemate aku semua siap2 mahu ke kelas.. dan aku? masih lagi berpijama.. haillaaa..~~ susah nya. mungkin hati aku sudah merajuk dengan mestech.. ya, merajuk sangat-sangat.

mungkin orang BMI dan MIMET masih mampu bergembira.. arghh.. biarlah. hitung hari aku pergi jugak. tak perlu halau. aku blah angkat kaki sendiri (okay.. ini sudah bau bau merajuk..) dan tak.. lect kat sini tak halau aku pon. mereka semua hati sok suci baik lagi tulus.

jadi malam ini aku baca blog.ariff [link] , entri tentang lelaki & what they want from their girl.

aku juga baca blog cursing malay [link], entri tentang filem melayu, gadis melayu, seks & adnan sempit. aku cakap terus terang, aku memang suka karya sesetengah pengarah drama melayu yang ada isi. karya Radshid Sibir misalnya. tapi aku cukup 'liat' nak tengok filem melayu kat cinema. tak caya? tanya orang mimet. kalau ada filem melayu yang worth rm10 aku dalam tempoh 100 minit tu, sila list kan.. aku ke panggong bukan saja mahu berhibur, tapi mahu input yang kuat. macam filem slumdog millionaire- aku memang terpana dengan sinematografi dan mesej yang disampaikan - 'kau mungkin balaci, tapi tak mungkin kau tak boleh berjaya' dan etc..



aku juga baca blog b.l.s.p [link], semakin orang suka, semakin dibenci.. i like..

dan mesti baca blog siggplus [link], review LBS. aku tak penah baca novel tu. jadi aku tatau cerita. tapi aku cukup muak tgk orang melayu pelok2 dalam filem (ini kes tak boley terima kenyataan farid kamil ohhh....... hahaha)


aku suka betol baca blog love.hate.life.angel [link] interpretasi blogger ni sangat2 kena dengan jiwa aku. semua entri beliau. SEMUA!

dan last but not least.. blog tukar tiub [link] ini untuk mereka yang berfikiran kiri sahaja. :)


cukup untuk malam ini. esok aku mahu ronda blog FOA, milo suam, dan pelbagai lagi blog yang bermutu. mahu kasi tajam ini pemikiran. :)