08 June 2010

apa yang wanita mahu daripada lelaki?

tajuk entri yang straight forward. senang difahami dan tak berbelit-belit.

"apa yang wanita mahukan daripada lelaki sebenarnya??"

seorang lelaki telah putus cinta sebanyak 7 kali bertanyakan persoalan ini kepada seorang wanita yang tak pernah bercinta seumur hidupnya. tidak pernah.

jadi wanita tersebut terkulat-kulat mahu menjawab persolan tersebut. soalan tersebut terlalu general baginya. dia tidak pernah bercinta. yang dia tahu..

" secara umumnya, manusia saling memerlukan. kasih sayang, wanita perlukan kasih sayang." jawab wanita itu ringkas. dalam benaknya, dia sendiri tidak 100% yakin dengan jawapan yang diberi.

"sudah puas aku berikan kasih sayang dan perhatian." jawab lelaki tersebut. mukanya tampak kesal. dia mengeluh.

" ikhlas kah anda mengasihinya? apa yang anda mahu daripada perhubungan itu?" soal wanita tersebut. diam.

" apa yang anda mahu daripada wanita yang dicintai adalah sama seperti apa yang dia mahukan daripada anda.." balas wanita itu pula.

lelaki yang sudah 7 kali putus cinta itu terkedu. dia merenung jauh dalam diri. apa yang aku mahu daripada dia sebenarnya? aku mahukan kesetiaan, kebebasan, toleransi , etc etc etc..

lelaki itu panggong kepala. keluarkan rokok gudang garam lalu kepit di celah bibir. nyalakan api di lighter dan bawa rapat ke bibir. berhenti sekejap.

" aku tak mahu dia hisap rokok seperti aku." ujar lelaki itu.

" dan pasti dia pon begitu". sedar. ini adalah hipotesis dan perlambangan yang mudah lagi simple.

kalau tidak mahu dicurangi, janganlah curang. kalau tak mahu dibohong, jangan mula berbohong.

semuanya bermula dari anda.

tak ada kena mengena
aku cuma suka tgk Gerard Butler.