23.5.10

syyyy....rahsea tau!!!



" i percaya kat u, u jangan pecahkan rahsea ni tau.. kita kita aje!"


"ini luahan zahir batin aku nie. ko simpan rahsia ni elok-elok tau."


"kita tak pernah buat ini, kita tak pernah ke sini, kita tak pernah bersama begini, tak pernah tau. ingat. rahsia ni."


panggung kepala dengan tangan kanan, jari jemari kiri menggerakkan cursor. mata separuh kuyu melihat skrin dihadapan. kosong. hitam legam. kosong SAHAJA.
Versus aku kerlih. khatam.

dalam kepala hanya ya rabb yang tahu. rahsia rahsia rahsia.

sesuatu info yang diberitahu oleh seseorang kepada orang yang lain dengan harapan pihak kedua itu tidak memberitahu kepada pihak ketiga.
kalau susah nak jaga rahsia, kenapa berahsia?

berahsia..bercerita kepada seseorang seakan treatment meluahkan. ya kita semua perlu meluahkan agar tak tersumbat neuron, tak pecah segala komponen penting. meluahkan kepada seorang yang boleh kita percaya.

ya, percaya. meletakkan kayu ukur yang indah untuk perjudikan nasib kepada seseorang.

privasi. rahsia itu privasi seseorang. ada cuba menceroboh privasi. ada yang tidak kisah tentang privasi. ada yang menjudikan privasi. ada sesuatu dianggap privasi, ada sesuatu yang cukup indah, untuk kita simpan sendiri; seperti memori yang sangat sangat sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaatt peribadi.

"rahsia tu amanah yang berat untuk dipikul. umpama mengendong bayi. jangan lepas takut jatuh, jangan diserah takut punah."




jadi aku ambil keputusan.
 ya, rahsia itu aku simpan. genggam biar layu di tangan.
kerana rahsia itu manis untuk dikucup,  pahit untuk ditelan.
realiti bites.