15.5.10

saya percaya awak

kepercayaan adalah sesuatu yang abstrak untuk diperkatakan. ianya lahir bersama-sama penjelasan yang logik dan emosi. dari segi emosi, aku itu menzahirkan sesuatu yang rapuh kepada seorang yang lain dan mempercayai 130% bahawa orang yang diharapkan itu tidak mengkhianati aku.

mengikut perkiraan akal yang Allah s.w.t anugerahkan, setelah mengira titik untung dan rugi, mengira kebolehpercayaan melalui fakta & kejayaan yang dicapai oleh orang itu, membuat konklusi dan analisis terhadap orang yang aku ingin percaya dengan mempersoalkan,

"mampukah aku mempercayai orang ini? bolehkah aku meletakkan harapan terhadap orang ini? is he worth it?"

secara praktikal, mempercayai seseorang memerlukan konsentrasi dan  timbal balik yang adil dalam sesebuah perhubungan. aku mempercayai kau kerana aku punya pengalaman dengan kejujuran seseorang dan juga kerana aku mempercayai manusia lebih daripada binatang.



aku punya sense yang membuatkan aku rasa percaya & selamat. emosi ini berkait terus dengan hubungan aku berteman, berkawan, bercinta, memberi persetujuan, memperoleh ketenangan dan keselesaan.


setelah membuat hitung kira, agakkan yang tepat, membuat taruhan, memberi dan menerima, aku konklusikan aku harus memberi kepercayaan.

‘Do unto others as you would have them do unto you.’

jadi apa yang harus aku lakukan?

"So learn about trust, how it works and how to build it. If you do it well, other people will give you the earth. If you betray them, they will hunt you to the ends of the earth."