03 May 2010

pasar malam

ahli kongsi gelap yang cerah tu tak jadik datang rumah malam ni. aku kesedihan. sikit. tak mengape dong...sebab mak ajak aku pergi meronggeng ke pasar malam. yeeeehaaaaaa......!

okay. tiap malam sabtu dan isnin, Sri Gombak akan dibanjiri dengan asap, debu, mat-mat indo dan abang-abang Bangla..sebab ada pasar malam. i tell u pasar malam kat sini memang gorjesly bes.sebab ada macam2. nie antara senario yang ade di sini.

ini aku kidnap dari google.aku tak amek gamba kat pasar malam nanti, takot kena kidnap.


1. yong tau fu please...!
oh makanan fast food yang dicelup dalam air panas menggelegak ni favourite rakiyat malaysia. inilah makanan 1malaysia...hahhahahahahaha....cepat je Pakcik Ramli menggunting-gunting makanan ketol2 tersebot jadi small pieces. pakai gunting kain tau. main2 ke..hahahha.dah 15 tahun aku duduk sri gombak, memang muka aku ni muka rejeki la buat pakcek nie.tak miss beli ytf nie.

2. abang apam balik
hehe..boleh dikatakan aku membesar makan apam balik abang ni la. ye.. namanya abang apam balik. tiap kali aku pergi stall dia, dia pakai baju kaler hijau. oh apam balik tu, mama abang ni yang buat..ye...aku suka menggedik kat gerai abang ni. hahahaha.. hidong tirus macam pensel, pipi kiut, da macam leonardo da vinci da aku tengok..aisyyy....berkenan cheq. hehe.. En DD tu nak campak mana pulok..

3. mac, bobbie brown, louise vuitton, paris hilton dan syaitan merah
uishhh...ganaz pasar malam nie...ni pangkat pavillion nie..kalah Harrods... pasar malam ni dah jadi Pavillion sri gombak. cakap apa yang tak de. semua ada. harga? bole kautim maa...hahahaa.. tapi aku tak minat. takat cuci mata bole. aku kan tak pakai mekap. sesekali aku tengok depa jual kasut Nike Air kaler ungu tu macam aku punye yang hilang dua bulan lepas..hehe..macam kenal. panasssss...

4. pembinaan masjid, tanah wakaf & OKU, ehh ehh..Astro pon ada..
sedang berjalan ceruk mana pon pasti akan bertembung dengan pelajar tahfiz yang sedang berdiri, di tepinya ada bekas berisi kertas not biru yang banyak dan resit. mencari sumbangan untuk bina madrasah. tak lepas peluang, orang kurang upaya, yang duduk menunggu belas ihsan orang yang lepas berupaya. maaf kata, tetapi dua senario ini masyarakat kita kurang prihatin. blogger yang berpengaruh pulak sebok menempek siapa byk folower n rating. dua senario ni pahit dan perit untuk aku terima. berpasir mata ni sementelah orang melayu Islam yang menjadi subjek. sesekali pejam mata hulur mana yang ada terutama untuk senario yang pertama. oh. astro tuh...salesgirl dia sangat cun. macam siggplus.

5. kemeriahan
ini lah pesta rakyat bagi aku. memang 1malaysia. semua peniaga sebok menjual barang masing-masing. ada guna pembesar suara, ada guna suara original ada jugak suara terkepit kat halkum...hahahaha...tak leh lupa suara hantu begitu...alamak nyahhhh..."meh meh beli.kak long baju belang2 meh beli daging fresh nie.." hahaha...kak long mintak maap laa...aku blah sambil sedekah senyum kambeng..tak kurang jugak jual boxer kalerpol, siap renda2..hahahaha..tudung ariani tudung siti tudung saji ...macam2 laa..tu belom lagi ubat kuat tak payah tido malam. haha..



hehe..memang macam2..aku tak menang mata tengok semua aneka ragam manusia. yang bestnye tetiba terlintas;

"sedang mereka sebok layan customer, yang muslim nie..solat bagaimana yek? masjid terletak agak jauh apatah lagi surau. nie bukan macam kat Mekah/Madinah, sekali azan berkumandang semua aktiviti perniagaan dihenti. solat."

aku mula menggeletik tak sedap hati. aku ajak mak balik sudah perabeh berpuluh ringgit [hari pasar malam adalah hari cuti tukang masak seperti aku].

takoooottttttt....ada saham naik melambung kat akhirat nanti...bukannya dacing nak tolong aku..hahaha