1.5.10

mak

saya sayang mak saya.
saya sayang mak saya
mak saya sayang saya
lame kakak  tak kena cubit dengan mak
lame kakak tak kena marah dengan mak
dah besar panjang ni...
kakak rindu dengan suara mak yang gegak gempita tu
kakak rindu mak

pertalian aku dengan mak sangat rapat, akrab. lebih daripada antara aku dan babah. walaupun aku lebih kepada 'anak bapak'. selalu saje kalau aku nak makan cendol, tetiba mak beli cendol, atau tembikai atau nasi lemak. perot aku dan mak; seleranya sama. hahahhaa.

pernah saje kalau aku gundah gulana, tdo tak lena, makan tak kenyang (sebab tak baca bismillah..) mandi basah kuyup...mak pon alami benda yang same. mak rindu kat aku rupenye. aku pun.

mak juga, guardian angel aku yang paling hebat. perisai mak hebat. senjata paling dahsyat petala langit satu ribu satu iaitu , doa mak dan kata-katanya. itu yang berkat hidup aku sampai sekarang. kalau tanpa senjata terhebat tu, aku pun tak ke mana.

sambil lap airmata dan air hidung...kakak sayangkan mak. sangat. trimas for everything. sayangilah mak anda sementara beliau masih bernyawa. T__T

sesal sekarang bukan kemudian.