26.5.10

Mahu bikin kamu senyum untuk esok hari.

Senandung yang Maher Zain dendangkan membuai rasa. Aku tekad mahu buat kau  senyum untuk esok hari.

Sungguh aku syukur punya kau sebagai peneman mengubat rasa rindu. Sungguh aku syukur punya kau pengubat lara. Sungguh aku syukur punya kau tempat aku sandar kepala. Aku seorang pengadu. Aku gemar berkongsi dengan kamu. Bimbang ada bunga fitnah antara kita.

Showing my affection to you, my love; through poem and quote.

Hanya itu yang aku mampu. Bukan janji menggunung. Kerna aku juga punya ego yang membendung. Dan janji itu perlu ditunai. Jikalau ya rabb tidak membenarkan, bebannya aku tanggung.

Belom punya hak untuk membelai. Belom punya hak untuk dibelai.

Aku mahu bekalkan kau dengan senyuman untuk esok hari. Moga kau senang hati. Mendoakan kesejahteraan & kebahgiaan.

Aku khabarkan berita tentang kita kepada teman rapat. Semoga tidak berkeladak di benak mereka, penasaran mahu tahu tentang kita. Tapi, aku khabarkan mana yang perlu. Sahaja.

Sedang aku menaip ini, senyuman manis aku ukir. Manis seperti semut di hujung bibir mu.

“I'm always tryin to keep it real,
Now I'm in love with how you feel,
I don't see what anyone can see,
In anyone else,
But you ”

Dan aku..  berevolusi dalam The Only Exception, Leaving On The Jet Plane & 150 Juta Kali, masam manis Drama King bersama-sama Yank, kembali ke Kau Yang Punya & Linger, Cranberry.

Memperoleh & memberi kepercayaan terhadap human being, aku gadaikan seluruh hayat ini untuk itu.

*senyum macam gini*

P/s: I love You. Untuk orang yang aku sayang dan membalas aku dengan 1 juta tan kebahagiaan. Part time lover & a full time friend.