28.5.10

Koc Wanita yang membunuh.

Tik tok

Detik demi detik berlalu. Tren ke kl sentral belom lagi kunjung tiba. Aku dan Ryn berbual kosong. Dan habiskan tenaga mata mencuci sana sini. waktu petang merangkak ke senja.

Tiba masa, aku menghantar mesej. “tren suda sampai. Nanti u amek kat kl sentral.”. message received.

Terkocoh-kocoh aku dan ryn berebut masuk ke dalam tren. Gile sumbat menyumbat. Haha

Koc wanita bertukar ganas. Aku dorong Rynn untuk masuk ke perut koc. Berjaya. Aku pulak sangkot kat  luar. Okay kanan siket, kiri siket. Berjengket siket supaya lebih tinggi dari wanita yang lain Yeahhhhh…! Berjaya.  Penyek sebentar.

Eh kejap pintu tak tutup lagi. Kenapa kenapa?? Why why? Oh, belakang slipar aku yang sangkot rupanya. Hahahahahaaha..backpack isi cik acer dibelakang. kesian cik acer.

Ok lah.. tarik dalam siket. Kedengaran kaum lelaki yang gagal menyumbat masuk ke koc wanita melaung-laung dari luar.

“awek, masuk dalam siket. Redah saje!”

Ha! Memang aku redah la nie. Aku gelak dan sempat saja lempar senyum kambeng.

Dalam tren aku senak. Berada betul2 depan pintu. Kelajuan tren bergerak dengan beribu kuasa kuda tu membikin hati cuak. Mahu terbukak pintu tren nie, almarhum la jawabnye. Haisyy…



Sempit semak sarat. Paru-paru aku boleh crack. Ada 5 stesen sebelum sampai ke kl sentral dari kajang. Aku berpaut pada tiang tengah pula. Ryn pon sama. Sampai di stesen Bandar tasik selatan…haru…gile ramai manusia nak sumbat dalam tren nie. Pintu koc pulak tak boleh tutup. Boleh tapi separuh sahaja. Ngeeee….ngeri maaa… kalau tren gerak jugak, mahunya tercampak sekowsekow keluar?

Haru…tapi kejap je. Maintenance baiki pintu tu, dah boleh tutup la. Syukur. Tapi terbayang..kalau terbukak tengah jalan macam mane? Dah jadi macam final destination 3 la pulak kan…hehe. Aku gelak sendiri. Budak sekolah agama depan aku dah tengok aku dengan kepelikan tahap gaban
.
Untuk stesen yang seterusnya, pekikan seperti di pasar tani, pasar malam, pasar basah pon bergemalah..
“woi, bagilah orang dalam keluar dulu!”
“woi beragak la..!”
“woi ko pike tren nie balaks ko punye???”
“ oh my god…oh my god…” [ini aku n ryn yg gedix gedix bising laa…]. 

Ngehehehe..suda keluar ayat-ayat longkang. Hampeh betol. Aku, senyum simpul. Macam2 ragam makcek2 nie.

next station, KL Sentral. terima kasih Kuala Lumpur. sedar penghuninya amat kejam. T_T