27 May 2010

ease my mind; Dengan IzinNya, Maher Zain.


malam ni aku setuju dengan pendapat Hood. malam ketiadaan mood untuk duniawi. nafsu serakah aku hilang untuk menuntut yang bukan aku punya. mereka kata mereka zuhud. mereka angkuh dabik dada. ikhlas aku doakan moga mereka ketemu buku dengan ruas. moga yang terhebat Yang Maha Esa tunjukkan pada mereka.

petang tadi pula aku sahkan menerima lamaran manis. terima kasih kepada kedua ibubapa yang menemukan aku dengan masa depan..harap berpanjanganlah jodoh kami. ameen... aku setuju dan tertunduk malu. sepatutnya aku senyum simpul hingga ke esok. tapi percaturan Tuhan itu lebih cantik.

aku dengar loceng berbunyi. sudah tanda. sudah masa.

memikirkan semula. ya, aku deserved sesuatu yang lebih baik. jadi aku senyum simpul sahaja. untuk membinatangkan manusia yang berakal itu mudah jika 5 tahun dulu. sekarang aku bijak. 




dengan izinNya aku berubah
dengan izinNya aku bermutasi
dengan izinNya dari hitam gelap bertukar cerah putih berseri seri.
dengan Pelangi aku intai kebahagiaan hakiki.