29 May 2010

dinner kali terakhir



saya mahu menikmati dinner yang simple dengan anda. cukup simple dan perlu lilin di tengah-tengah meja makan yang bulat dan comel itu. suasana dingin. pengcahayaan yang cukup baik untuk saya hanya melihat wajah awak.

awak pakai apa yang awak suka pakai. dan saya pakai pakaian yang saya teringin sangat nak pakai.

kita diam dan senyap sahaja. menikmati hidangan.

saya senyum manis. kerana itu yang saya tahu buat bile bersama awak.

usai makan, kita bercerita. tentang masa depan. tentang apa yang awak mahu & apa yang saya mahu. saya bercerita sambil malu-malu.

lampu sedikit malap.lagu favorite dimainkan. Linger by the cranberries. tidak kerana liriknya sahaja. musiknya membikin saya senyum sendiri juga kadang-kadang. musik yang genius.

saya mahu grab tangan awak. ajak awak slow dancing bersama. dan lupakan segala sengketa.

diam. hanya mata saya memerhati. senyum di bibir pasti diukir.

dan kita dancing hingga dingin pagi. ingin renung mata koko itu dalam-dalam dan mencari diri ini di dalamnya.

tenang saja pergerakan kita. no rushing. no humming from bee. saya tenung lagi mata koko itu. tiada.

STOP. FREEZE.

saya grab jaket merah. melihat awak yang kaku sekilas. jiwa beku.

saya senyum lagi. dan berlalu pergi. gone for good. dinner terakhir. lagu terakhir. dance terakhir.

dan memori itu kekal sayang.


..............................................

aku harap situasi di atas tidak akan berlaku kepada mana-mana lelaki. sebab kalau ianya berlaku, pasti ada jiwa yang parah. dan pasti ada yang datang untuk membasuh lukanya.