28.5.10

bye bye



Sedar hidup ini sementara. Jadi aku akan mulakan pelayaran baru. Sekarang pon, aku sedang merangka demography view aku sendiri.

Aku akan gagahkan juga untuk harungi perjalanan ini. This is a new beginning. A new kick start.
Aku perlukan bantuan dan inspirasi yang mendesak. Supaya aku lebih focus. FOKUS.

Tidak lagi menghalalkan yang haram. Plate hidup aku sudah beranjak. Movement plate hidup aku ini mampu mencetuskan tsunami yang menggunung. Merobah kehidupan orang lain pula. Perhaps yang positif sahaja. Biar mereka buka mata dan sesal dengan apa sahaja yang telah mereka lakukan terhadap aku. semalam kekal semalam..

Aku tak suka menunding jari ke arah orang lain. Setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan ini adalah PILIHAN. Aku sendiri yang memilih & menyahut cabaran. Mengambil risiko untuk bertanggungjawab dengan setiap pilihan yang dibuat bukanlah senang. Tapi tidak pula gampang menyalahkan takdir sekiranya berlaku perkara luar alam. Perkara yang tidak terjangka. Aku berani berhadapan. Sesetengah orang hanya mampu menyorok dan berdiam. Membodohkan diri sendiri.

Jadi aku bertekad. Membinatangkan orang itu tidak perlu lagi. Jika aku membinatangkan orang, seumpama aku membinatangkan diri sendiri. Kasihan kepada orang tua yang melahir dan membesarkan. Aku hormat dan kasih pada yang lebih tua, jadi tahan sajalah nak binatangkan orang tu.



“bavih ko nie.!” Contohnya...

Jadi untuk minggu hadapan, urusan lamaran aku serahkan bulat-bulat kepada ibubapa.
Bersedia untuk melangkah ke alam baru. Yang lebih mencabar. Dan ya, aku sudah bulatkan tekad.
menghitung hari sahaja.