23 May 2010

berkejar kejar kejar

untuk orang-orang yang tak paham bahasa badan. untuk mereka yang merasa mereka hebat memperkecilkan orang lain. mempermainkan ketulusan dan keikhlasan. untuk mereka yang menghulurkan tali persahabatan berniatkan syaitan!

cukuplah mengejar bayang hitam aku.
patahkanlah semangat kental mu itu.
kau orang biasa .
aku orang luar biasa.
berhenti mengejar aku.
berhenti.


aku toleh kiri dan kanan
sedar permainan yang kau aturkan
aku pusing keliling kelalang
sedar pemain yang kau siapkan
aku tahu skrip drama ungu 
aku tahu kau pengarah haru biru
aku bukan pemain yang kau tuju
bukan jua mangsa yang kau ingin serbu
jadi
berhenti dari mengejar aku


bermujadah dengan kata hikmah
kau ungkap madah bersunnah
hampir..
aku hampir jatuh dalam jerangkap samar
sialan bau bangkai kau
jauuuhhhh telah aku cium
temberang sudah pecah
jadi berhentilah dari mengejar aku


kejar kejar dan kejar
jangan lelah
kejar kejar kejar 
tanpa mengah
dan kejar kejar dan KEJAR lagi..!!
sampai kau punah
sedang bayangku kau tak mampu jejak
jangan bermimpi rapuhkan sayap


kejar berkejaran dan kejar lagi..
berhentilah mengejar
kerna engkau orang kecil
AKU ORANG BESAR.

rebut rantai di tangkai leher mu

lihat aku leburkan satu persatu
jadi
berhentilah mengejar.