26 May 2010

adeq ku sayang. pelok ciom untuk kamu!


Adeq ku sayang. Sweet sixteen
Dia berada jauh nun utara tanah air. Lagi jauh nun di pulau yang agak besar. Pulau peranginan yang besar. Aku dan adeq terpisah sejak dia berumur 13 tahun. Sudah 4 tahun. Namun dia tetap membesar di hadapanku.

Tidak. Adeq tidak lari ikot orang Langkawi. Adeq kejar cita-cita. Adeq mahu jadi orang terpelajar. Jadi dia belajar timba ilmu di maktab mara. Adeq mahu jadi pakar sakit puan. Mahu jadi doctor obstetric & oncology. Pernah jadi cita-cita aku. Aku tak dapat cium bau cita-cita itu lagi, namun tetap aku akan jejak juga. Jadi aku suakan adeq dengan cita-cita nya. Moga Allah berkati.

Untuk adeq, walau kakak berada di tanah besar, kakak selalu sahaja doakan kejayaan kita bersama. Walau kakak selalu sahaja bawah ketiak mak & babah, kakak selalu sahaja bayangkan adeq ada bersama. Ya, kakak menulis dalam gerimis hati. Kakak rindu adeq. Sumpah seranah , gurauan biawak, mtv wannabe, gile2 remaja, kau & aku kununnya berbeda, masih sempat kita harung sama2 kan adeq?.

Aku bangga dengan adeq aku. Kerana dia tidak copy cat aku 100%. Dia ada misi & visi sendiri. Dia boleh baca & paham tahap dewa ke lapan dengan segala perbedaan kami. Meski instinct kami tak sekuat instinct ibu-anak, still cubit peha kiri, peha kanan pon terasa.  Kalau babah n mak adalah bumbung pelindung, agama tiang hidup, adik adalah dinding, menyokong & melindung.

Sooner or later, kakak mungkin tak ada untuk kita shopping bersama, ronggeng bersama, mengarot bersama, memaki hamun kekurangan masing-masing bersama, belajar menikmati barakah tuhan bersama, naik buai sama-sama. Sooner or later, kita mungkin tidak lagi mengucup pipi, berpimpinan tangan, makan bersuap, usap ubun-ubun mahupun tidur bersama. Sooner or later, kakak mungkin juga tidak ada lagi untuk melihat adik mengenggam ijazah,master mahupun phd seperti kakak lihat adeq di Langkawi untuk anugerah terbaik itu. Kakak juga mungkin tidak mampu hadir melihat adeq disunting putera raja idaman , memandu Lamborghini kuning impian, memiliki rumah besar & klinik o&g sendiri. Sebab mungkin sahaja hayat kakak tak panjang. Mungkin sahaja tuhan pendekkan yang panjang.

Jadi, tika hidup masih panjang..udara nyaman adeq hirup ini, bersyukurlah sayang. Umur yang ada bukan untuk dirai, tapi dihargai. Detik demi detik. Jangan jejak yang hitam kakak tinggalkan. Ambil yang pelangi kakak coretkan sekarang.

*she's my bestfriend eva. she's biologically set to love me till death do us apart!*

Salam sayang, kakak.