27 April 2010

smoke & ciggar

luna tuang air panas yang baru menggelegak ke dalam mug putih kodomo lion. aroma pekat kopi kacip fatimah menyumbat rongga hidungnya. tangkai mug putih kodomo lion dpegangnya dan di bawa ke beranda. luna duduk santai di bangku rotan peninggalan arwah atuknya. bangku rotan itu banyak berjasa. yeah. hanya dia yang tahu.

hiruk pikuk kota jam 5 pagi dia tak endah. luna hirup baki minuman tadi. sambil-sambil itu luna jengah ke luar beranda. belakang jalan yang busuk. hanyir. bau hanyir dosa Kuala Lumpur. jalan kupu-kupu malam, pantas untuk perempuan seperti dia. sekurang-kurangnya dia yakin tentang itu. tentang keperempuanannya. sudah 5 tahun sejak dari Bangkok. sudah cukup betah, selesa. dia yakin dengan tubuh ala Giselle Bunchen dan hidung ala Cindy Crawford. yang lain-lain cukup sempurna. perfect.

rokok mahal disepit antara bibir. nyalaan api mula membara. disedutnya perlahan-lahan. tenang sahaja. seberapa ketika keluar asap dari celah giginya, hidungnya. dia hembus nafas. seolah-olah beban dipundaknya dilepaskan jua. luna sengih , suka. bukan kerana rokok murah itu memuaskan; selain menjimatkan dan tak cepat membakar wangnya. hasil hari ini sahaja sudah cukup untuk sebulan. wang bukan masalah untuk luna.

hanya dia yang tahu apa yang bermain di fikirannya. esok dia ulang perkara yang sama, serupa. tiada yang menghalang. dia bebas lakukan apa sahaja. dia diperlukan. khidmatnya orang perlukan. jantan yang perlukan dia. dia tidak perlukan jantan. dia dah cukup jantan.

azan subuh dari Masjid India bergema seluruh pelusuk kota. luna bingkas bangun dari bangku rotan. rokok sebatang dia matikan. luna meluru ke biliknya. pintu ditutup rapat. mentulikan telinga lantas tidur nyenyak. dalam kepalanya, dia yang tentukan hidupnya. bukan sesiapa.



aku kenal luna di salun gunting rambut. aku fikirkan perempuan. rupanya jantan.
dunia akhir zaman.