05 April 2010

pensel

aku tak mengharapkan yang lebih.
sudah banyak yang aku terima.
aku jujur
aku angguk
depan kau, aku bodoh
depan kau, aku lemah
depan kau, aku lumpuh

aku lebih rela diam, senyap..
sebab aku tak mahu mengharap
cukuplah yang terbaik kau berikan
aku lebih rela memasungkan diri
patung, boneka, tunggul kayu..
kerana mengharap itu tiada dalam kamus hidup aku.
tiada.
tidak akan ada.
aku tidak juga menunggu, tidak suka ditunggu.
tidak..tidak!

akal ini jadi saksi
aku tidak mengharap pada mimpi.
kerna mengharap itu kerja sia
aku berusaha
biar nampak hasil, puas.
aku pinta kau pon begitu
kerna dunia ini luas
bukan kau tahu semua
bukan aku tahu semua
aku tidak mengharap pada kau.
tidak.

But i've come this far.


gemersik suara & soul Corrine Bailey Rae menusuk kalbu sekali lagi. it has been 3 years.