19.4.10

morning walk

selepas iring adinda ke sekolah pagi ni, aku bersiap untuk keluar. aku suka amek angin pagi-pagi. fresh kata mak aku. kata babah, bagus kalau pekena teh tarik Taqwa.haha
tapi aku keluar bukan untuk ke Taqwa- restoran mamak yang menjadi fav utk aku n family lepaking. aku keluar morning walk - istilah yang aku dan anak2 dara KMK guna tiap kali berjogging. jogging la sangat setakat mengintai anak bujang KMK kat hostel buruk tuh.hahaha
anyway, aku teruskan perjalanan keluar dari kawasan rumah aku.

kali ni aku lenggang kangkong. no money no handphone no ipod. hanya yang ada apa yang aku sarung.sweater + hoodies,trek suit, stokin merah jambu-aku benci stokin nie,kasot jog. segala yang moden lagi canggih aku tinggalkan saja di rumah- semak, susah, cengeng,payah nak bawak. aku mulai rasa tenang, sunyi. best. back to basics la kunun.

banyak yang aku fikirkan semasa aku bersendirian. ya aku suka keadaan begini. hanya aku dan dunia yang serba pentingkan kejadah haram. aku memberanikan diri untuk bersama-sama dengan fikiran complicated aku- merenung diri, merenung alam sekeliling. betapa kerdilnya aku dibanding dengan kekuasaan Ilahi. siapa aku kalau nak halang takdir, kan? berita semalam aku simpan dari pendengaran adikku. jika dia tahu, punah ranah. semalam yang hilang.

sampai di satu selekoh, aku perlahan jalan. tinggal lima minit perjalanan saja untuk sampai ke Taman Tasik Seri Gombak-pames la dulu org slalu blakon kat sini. jamal abdillah pon shooting mv kat sini.main2 ke.. tempat aku jog sama orang tua2 n join Aunt Anne tai chi...hahaha..dekat je dengan rumah aku. ada la dalam beribu-beribu anak batu di jalanan.

well di selekoh itu aku dengar ada kenderaan yang mengekor dari belakang. motorsikal. pagi2 orang mahu ke tempat kerja mungkin. aku biarkan saja. bunyi makin merapati aku. sekilas aku nampak bayang di sebelah kanan. jantung aku berdebar kuat. resah gelisah. mungkinkah..?

nana kata>"hari tu, ada makcik kena samun kat tepi tu lepas balik dari pasar."
aku kata>"la, makcik tu tak bukak ka ra te do re mi ke? hahaha"
nana aku>"kena dengan parang, kalau eqah kena, sanggop ke?"

gulp!


hehe..ini real life Fiq, kau jangan buat main-main.mau penyangak terjun depan kau, apa nak buat? panggil superman pon tak jadi dah.apetah lagi ironman..kluang man..ultraman.

di selekoh depan ada taska yang dah lama beroperasi. aku buka langkah seribu terus masuk dalam pagar taska tu.tak pandang belakang dah. senyum kambing aku lempar pd kakak2 cikgu tadika kat situ yang pandang muka aku bagai mengadap ceti haram. apa nak jadi, jadi lah. janji aku selamat. budak2 tadika yang mungil2 terkedek kedek main sekeliling aku. dengan gelabahnya aku usya moto tadi. selamba badak lalu depan taska tu. depan mata aku. seorang pakcik umur lingkungan 40-an selaku pemandu, pemboncengnya budak sekolah rendah. alahai, bikin cemas aje. fuu~~~

"sorry..saya pergi dulu lah ya..".dengan muka lega+tak tahu malu, aku cabut dari taska tu.senyum kambing ditempek ke muka. aku lambai manja pada kanak2 riang tadi..

"bye kakak..bye bye.." haila (-__-') kalau lah kanak2 nie tahu apa dalam minda aku skg..

sedang aku teruskan perjalanan, aku maki hamun diri sendiri. cepat sangat syak wasangka, negative thinking, blablablabla...kan da tanggung malu. nasib baik cikgu cikgi tu tak halau dengan penyapu. tengok orang dengan 2 biji mata ya sayang..

tapi, bukan salah aku pon.
siapa yang tak cuak dengan kondisi sekarang? samun sana sini. parang selamba letak atas tengkuk. pikir barang2 atas dunia nie hak milik mak bapak dia? hatta kerusi taman dalam pagar umah pon nak sebat. wang bukan jatuh dari langit bro. akai ada pikir la bro. nak kata PATI, aku rasa junkie pon ada. siapa junkie? anak malaysia kita lah.


1 malaysia - makin maju makin korup makin besar perot pak polisi makin tinggi jenayah makin banyak teguk todi makin menjadi-jadi makin gemuk wa tak dapat kua jalan sorang-sorang g taman jogging makin senang idop pemimpin makin senak akhlak rakyat makin banyak junkie makin banyak melayu 3D makin banyak buang bayi makin wa benci dok malaysia.

sampai di taman, aku jog macam biasa.menahan gelojak rasa. rasa dah tak boleh jalan atas tanah tumpahnya darahku.

p/s: aku sayang malaysia. malaysia sayang aku tak? ceyt!