22 April 2010

kuala lumpur





selamat datang ke Kuala Lumpur. kedatangan awak sangat amatlah saya alu-alukan. kita akan bercanda melihat bulan & bintang. kita akan gelak ketawa melihat hipokrasi manusia.

dengan halusinasi terbit hipokrasi. itu hakiki.

selamat sampai ke Kuala Lumpur. bandar yang saya bangga sebab ada banyak lampu. saya suka DBKL membazir lampu di bandar Kuala Lumpur. saya suka lihat kereta banyak di jalanan. kita hirup debu asap gas membunuh & lalala~

sedang saya menulis, halwa telinga saya dijamu akustik indah daripada pemusik yang saya kurang pasti namanya. kita boleh tonton busker di CM-dulu ada sekarang tak tahu la. saya pernah tonton m nasir di situ. awak mahu ke times square kan, ok saya cuba try.

saya mahu berlama-lamaan berdua-duaan dengan pemikiran kita. naik monorel-ulat bergerak di bandar tua ini. sambil saya pegang buku, awak pegang payung ungu.kita sahaja.

duduk di atas rumput hijau.di taman tasik titiwangsa. kita lihat bintang. tak perlukan teleskop. sirius star & procyon cukup terang untuk kita lihat. kita lihat kuala lumpur dari sudut pandangan indah sahaja.

lupakan kes kampung chubadak, lupakan draf DBKL, lupakan siapa pemilik Berjaya Times Square. kita menikmati masa berkualiti dengan tenang & tidak gelabah.

kita sahaja.

kemudian saya akan cuba untuk tidak bersedih di atas kepulangan awak. mungkin sepurnama lagi kita akan berjumpa. mungkin tidak. kemudian awak akan menyedapkan hati kita.

jika ada jodoh, ada lah..

saya anggukan sahaja. click! wajah awak dalam memori saya. memori kita.

Kuala Lumpur.