29.4.10

Kak, perlukah cinta?

sedang aku menyangkul di hadapan rumah tit tit.. mesej masuk . dengan penuh gayanya aku melangkah masuk ke dalam rumah. penat jugak berpanas kat luar tu. lemonade yang mak buat aku teguk puas-puas. dahaga sangat. tak tahan tekak kering. habis basuh tangan yang penuh tanah hitam, aku lap-lap kat apron biru tua. aku seluk poket kiri

1 new message received,
Adeq

aku tekan punat tengah untuk view.

"kakak..! i'm in love! with this guy.....bla bla bla..."

guruh gegak gempita. petir sambar menyambar. dunia semakin gelap. aku sengih panjang. apa kejadah adeq aku hantar nie. biase mesej2 dia berbunyi :

"tolong bank in duit"
"homesick laa.."
"kucing sehat?" owh..kucing ko tanye aku nie tak plak.

hehe adeq aku yang hati kering ni dah kena panahan asmara rupenye. malam tu kami bergayutan. dia di pulau aku di tanah besar. telefon tu wajib. kusyuk & tawaduk beliau menceritakan segala yang tersirat dan tersurat. dah namanya kakak, jadi pendengar setia tu wajib. dalam hati aku, tuhan je lah yang tahu. adeq..bukan seorang remaja yang huha huha gile2 remaja. beliau sangat maju dalam dunianya. the brainiest in my family i would say. the similarity between us is we're not too open about girls-guys thingy relationship. we do make friend with guys but there are some limitation & restriction that i think probably most young girls nowdays don't have. we love; sex & the city (pd sape yg tak tahu ini adalah citer omputeh), kardashian family, kimora lee, & ape saje mtv & star movie ade. ye sebab tu kami agak sumbat & outspoken.

the thing is , i ask her "are u sure this is what we say so called love, adeq?"..and she's like torturing me with so many kind of answer that i just don't get it. kami golongan terdidik ya kami tahu apa itu cinta yang sangat subjektif, meluas & banyak segi. cinta pada Allah s.w.t, pada Rasul-rasulnya, cinta pada ibubapa, family, urself, & friends. kakak percaya adeq boleh bawak diri dengan baik sebagai anak yang taat & bijak buat keputusan. setakat crush koko crunch tu biase la kan.

i told adeq, treat him like a friend. someone that u can count one. but don't put so much hope on him. you never know where this road gonna lead you. only a fool would say, adeq. sebab masa muda ini , masa emas. if u think u gonna give your all- faith, love, tutttttttt.(yg sampai buang2 igt bayi tu teddybears ke, nauzubillah..)..think further, nanti awak nak kawen jugak- kena spend 40 tahun dengan orang yang sama..hehe..enjoy your youth (u know what i mean ;p ), kalau jodoh tak ke mana sayang. so readers, as like my adeq, yang umurnya setahun jagung masih bersekolah, jangan jatuh dalam 'i lap u, u lap me tak' no honey. anda akan tahu bila masanya tiba. to me; masa persekolahan lah waktu paling indah & bebas. kalau silap gaya bercinta semasa bersekolah, ade jugak nak terjun bangunan macam budak ni.

remaja kan waktu transasi emosi. hormon tak balance lagi sayang oit..estrogen & estrogen tgh membuak-buak. kalau dok perabeh mase dok melayan sms,dating wutsoeva (tambah lagi dok asrama) bile masa nak study utk spm. think twice. nikmat lebih kalau berjaya melawan nafsu dalam hati tu plus u're in school, anda dikelilingi oleh golongan yang tahu limitation, high discipline & know how to control themselves. percayalah. kakak cabar adeq lawan sampai adeq abeh study. set target tahap mane adeq bole lepas, macam men psp tu. kakak dah lepas semua stage budak-budak tuh.hahahaha. tinggal nak masuk stage blaja tinggi melangit plak nie.

so babe, take this piece of mind positively, jangan cepat melatah. digest abes-abesan. orang yang bace tulisan aku nie kena pikir jauh siket.tak perlu jauh ke Pluto, marikh pon sudah cukup.

she asked "kak, perlukah cinta?"

kakak jawab, " Ya, perlu untuk keseimbangan dunia. sedang cinta itu luas. cinta pada tuhan, kerana Allah selalu memberi tanpa mengharap balasan..cinta pada manusia? bergantung pada status dia dalam hidupmu; ibubapa,keluarga,pasangan atau sahabat."

aku pun senyum kambeng. aku pun sedang belajar. En DD pon masih belajar.


btw, depan umah aku tak de tanah. cangkul pon dah punah. gimik sudah.