14.4.10

evolusi emosi implikasi hakiki

post kali nie adalah sambungan daripada post 'sebermula'= journey puisi.
dalam post tersebut aku menulis macam mana aku boleh involve dalam dunia puisi n soon..
jadi kali nie aku nak kongsi genre puisi yg aku suka n tips lebey kurang. lebih kepada jiwa aku.

awal pembabitan aku masih muda, jiwa masih mentah sedia untuk membentuk. aku bereksperimentasi dengan emosi; marah, geram, suka, gembira, sedih, sinis & pelbagai lagi.jadi masalah untuk menyampaikan maksud -puisi dengan baik memang akan muncul setiap kali. aku perlukan guidance usually penulis akan terangkan apa yg mereka ingin sampaikan sebenarnya.maksud puisi.kadangkala mereka akan tetapkan emosi sebagaimana harus diletakkan dalam setiap bait.agak terkongkong tapi itulah cara aku belajar untuk menyampaikan puisi dengan baik. faham maksud puisi/sajak, faham & hayati..ingat.


tak cukup dengan bantuan pemahaman yang baik, emosi yang terhasil; gelodak gelojak jiwa ini diperjelaskan lagi dengan bantuan segala anggota badan yang ada.
gerak badan;especially bahu, tangan, jari, mimik muka-kening, bibir; postur badan..semua ini memainkan peranan yang penting.
suara hanyalah bonus. lontaran suara mesti jelas, terang & tak perlu memekik nyaring terlolong macam tarzan nak panggil kawan2nye..sebut bagi jelas setiap perkataan. orang kelate kato 'sebutir-sebutir'.

aku menganggap diri ini professional terutama apabila berdepan dengan khalayak ramai. takut n gentar itu sudah jadi teman aku.wajib jadi teman aku.ini yg aku conquer dlu. jadi aku tidak memilih genre puisi sangat.hehehe..balun je. tapi bab penulisan; 3 in 1; politik, sosial & perasaan..biasa biasa.. hatta sinis amarah n benci sudah jadi biasa. begitu juga pujuk rayu & semangat tahap kamikaze,nasionalisme..semua umpama magis bila on stage.. ramuannya; doa & usaha.itu saje.kalau kau percaya kau boleh, mesti boley punya lah! tapi bila aku off stage, takde makne nye! aku bukan penggoda mahupun kucing liar. aku biasa2 aje..jalan ke depan mengadap dunia..tu pon ade mulut mengata aku sombong..mane adew..kan2...hehehe..saya pemalu orang nye.. *wink wink blink blink

dolo2..tiap kali pertandingan, aku lihat ramai peserta tewas menunding jari dan menyalahkan Tuhan kerana kata punca mereka kalah sebab suara mereka tak sedap, tak lunak.poodah..! mengapa aku berani kata mereka menyalahkan Tuhan? sebab mereka tak bersyukur (nasib baik ada suara, ko tak bisu kan..). jadi mentaliti ini yang harus kita kikis dalam arena deklamasi.tak kira suara ko senipis kain sutera, senyaring kelawar senja hari, kuncinya satu, kawalan lontaran suara. praktis. anda pasti boleh kontrol.
ko ingat jadi penyanyi je perlu blaja vokal? emcee, pelakon, mak aku, kakak aku, nenek aku semua blaja lontaran suara. even aku sendri especially kalau nak panggil Chombie makan..ingat senang nak pujuk kucing aku tu makan..harapan laa..

aku masih ingat sewaktu belajar di KMK, seorang rakan Raihana namanya- cukup kagum lihat aku bersahaja bersajak di hadapannya. aku cuma membantu dia peroleh idea dan kepelbagaian mendeklamasikan sajak untuk Minggu Inovasi & Kreativiti. aku tak sertai pertandingan tu - elak di cop pengganas. haha.
alhamdulillah dia menang.tempat pertama tau! tempat kedua disandang Suzy- pon aku bantu jugak.. alhamdulillah. tapi suka aku tekankan.. mereka menang sebab usaha sendiri. mereka ada bakat & kesungguhan. Juri bertanding melihat mereka punya potensi besar-membawa kelainan atas stage.. aku cukup mendabik dada melihat kawan2 berjaya menggunakan sedikit sebanyak daripada aku. tak perlu menyandang johan atau 'yay aku menang!!'
cukuplah sekadar mereka tahu..
"oh, ada juga cara begini..lontaran suara begini..gerak laku begini..eye contact..blabblablaa"

automatik ilmu itu berkembang n evolve.

bagi aku sendiri, bersajak bukanlah sesuatu yang boleh dipertandingkan, diadili & dipersoalkan kerana ianya cabang seni. cukup halus & datang daripada buah fikiran yang abstrak, spontan. ianya bukan struktur atau disiplin.sebagai method, medium penyampaian maklumat direct/indirect & amat berkesan. macam lukisan.macam nyanyian tapi siez bile org kate tlg berenti nyanyi maknanye eardrum dia da tak leh tahan pitching ko uh..lain la macam aku xD bile aku nyanyi babah aku tak kesah pon .dia join skaki ade. blahahahhahahahahhhaktuih..


lihat sahaja Bung Sukarno berpidato, bersajak. jika tidak hebat, tidak berkesan cara itu manakan Beliau mampu mengikat hati jutaan rakyat Indonesia untuknya n menawan hati jelitawan Jepun lalu dibikin isteri. zaman sahabat dahulu, sebelum n semasa berperang sempat lagi pemuisi2 hebat menyampaikan dakyah mereka.cukup hebat sehinggakan askar2 Iskandar mampu menjatuhkan Rom.

satu je aku paling benci dalam pertandingan sajak
hendak mengingat
hhaktuih laa..nak plak last minit(bila kena wat persembahan pon macam tu jugak)

jadinya aku mengangkat martabat sendiri; baca sambil tgk skrip..macam ramli sarip buat macam A Samad Said buat macam Mat Sabu buat..lepak je..huha!
sekian.

p/s: loser entitled for a person who is even afraid to try. u're not a loser if u just try!

p/s: post ini bukan riak, takabbur atau ape saje adik beradik dengannye. aku sampaikan ape yang aku tau. kepada yang suke mengecop orang; hentikanlah..dunia dah penat dengan anda.