7.4.10

sebermula

dada ini sebak
pikiran ini semak
celaru
dia butuh panggilan agung
merawat hati yang rawan
dia butuh dewa hitam

gelapkan mata, tulikan telinga, katup bibir itu.
kejip.rapat.

dia gampang ketawa, dia senang menangis, dia tega hati keras, dia bisa jiwa kasar.
yang mana saja kau butuhkan?
teriakkan! teriaklah!
biar dia bisa bertindak.ikut telunjukmu.

satu persatu.
kerna dia lah boneka
.
tarinya mainan mu.


>sesi arena puitis muda, istana budaya, 2005





sejak sekolah rendah (SK Taman Seri Gombak) lagi aku terlibat aktif dalam deklamasi puisi. 1st pertandingan aku, Hari Puteri Islam peringkat Daerah Gombak. masa tu darjah 5 kot. gelabahnya hanya Tuhan yang tahu..haha... terima kasih kepada ustazah yang percaya pada bakat aku.. i still remember she said that i have very clear & loud voice. i would be a perfect candidate at that time. she was right. alhamdulillah, i won - second place. a very good start for me, i supposed. sebab yg menang semuanye candidate yg lebih tua n berpengalaman. hahaha. kemudian, aku makin giat dalam macam2 xtvt & competition like marching & camping..pergh..best!

tapi, percubaan pertama aku adalah pertandingan syarahan kemerdekaan malaysia. yup. aku ingat lagi, Mohd Shukor, Siti Hajar, Nik Harith turut serta. top student depa tuh..uisyy main2 ke..tetiba ade aku yang datang entah dari mana ni kan..haha..seronok, nervous, debar.. at last dapat gak adiah sagu hati..darjah tiga rasenye time tuh.boleh la tuh..


still bidang sajak ni aku tak tinggal malah aku giat asah bakat dalam penulisan puisi masa skola menengah. berpuluh-puluh buku nota aku luah ide & emosi tak terluah ni. memang kopak duit babah.
"bah, nak duit sket. nak beli buku nota~da abeh.." sambil senyum simpul..hehe..
he had no idea at that time.

walaupun jiwa aku diasak hebat menceburi bidang perdebatan, siket pon aku tak ignore puisi.
macam2 competition aku ikot serta. kawan yg bg support n involve skaki pon aku igt ag..SENIOR YANG MACAM JI HOO PON ADE BG SEMANGAT. bahahaha..tetiba ade jemputan daripada orang kuat istana budaya yg anjurkan like klinik puisi. & puisi kat atas tuh puisi yg aku create bersama peserta muda yg lain. klinik tu dulu open every saturday nite. skg aku da tak follow. kesuntukan masa.taulah KL macam mane. semak ngn traffic je.

yang paling best dalam bidang deklamasi puisi ni ialah apabila 1st aku dijemput utk perform kat Convention Puspanita- badan NGO- kat Prince Hotel. knl penyanyi Salwa n Datuk Rosni Hamid? skali la perform ngn i masa tu.. sgt bonding u know..bahaaha tak blah. bukan aku kenal diaorg pon.senagal..15 tahun umur aku masa tuh.memakai kebaya pink feveret..sweet. yup lepas tu berbondong-bondong invitation yg aku penuhi.

mak jadi PA & Manager aku yang paling setia. babah jadi Penasihat Creative.hahaha..because aku da start buat duit dengan mendeklamasi puisi.syukur ke hadrat ilahi. sesungguhnya, bukan duit yang aku kejar..rezeki namanye..tapi yang aku nak stressedkan kat sini, Aku puas orang ble dengar suara yg aku lontarkan sarat luahan emosi & yg penting mesej sampaikan. barulah syokk!

kenangan terindah tentang deklamasi puisi masa national carnival of breastfeeding day 2008 bertempat di taman tasik titiwangsa atas grand stand. suara aku didengari hampir 3000 umat manusia.nationally bebeh.. kau bayang je la betapa terharunya aku masa tu. seriously, terharu.ketaq? aku campak tepi! puisi ciptaan aku n babah. syukur sgt aku pada hari tu. puisi tu mainan emosi so aku lihat byk air mata tumpah.mereka fokus n dgr apa yg aku sampaikan. faham n seolah sejiwa ngn aku.. nikmat sungguh apa yg Allah swt anugerahkan kepada aku. syukur ya rabbi.


Dan jiwa ini tidak akan mati
Dan selagi jantung berdetak
Dan selagi nafas mendesah
Dan akal masih berfungsi
Dan aku akan teruskan.

~puisi & aku~