27 April 2010

alasannya

cuaca: hujan + petir
kondisi emosi: sengih dalam keciwa


aku kena penampar maha hebat malam tadi. penampar yang cukup-cukup mengentarkan jiwa aku. aku tak cedera. fizikalnya tidak.

alasannya : kau dah berubah. nampak kuat tapi sebenarnya lemah. kau kata kau takkan terlibat. aku silap tentang kau. kau dah berubah.

dia pun berlalu pergi. aku cuma mampu memerhati dalam basah hujan. tunduk. memikirkan apa silap aku pada kau? pada kalian? shall i shut my mouth up now?? should i?

aku tak jual dadah. sekali skala pegang biasalah *paracetamol, arcoxia & xanax tu dadah kan..
tapi ada orang menggelabah macam aku jual dadah. orang. aku lupa erti perkataan tu kejap. iya.. mereka menegur sebab sayang. biasalah. depa sayang kau tu. *pujuk diri sendiri.

aku berubah? biasalah manusia berevolusi dari segi emosi & mentaliti. itu bukan alasan. itu pilihan. aku bingung sekejap. pegang pada prinsip. jangan goyah. aku dah buat apa yang aku pegang. aku tahu aku.

alasannya: bila kau nak matang?

matang tu ertinya apa? matang berfikir, bercakap, bertindak..secara rasional dengan timbang tara kiri kanan.nanti aku gogel; how to be matured? satgi keluar how to matured in bed..blablabla..


alasannya: kau terlalu emosi.control siket. emosi sangat la. kau macam mak kau.

ini memang tak leh tahan. ada samakan aku dengan mak aku. haila~ sembilan bulan dalam perot ibu, memang ajaib kalau intuisi tak sampai langsung. macam dia takde mak plak. haha..
ok ok.. aku control. dah abeh pendam dah. sampai aku naik sesak.

mak kata> kalau ikot cakap orang kakak, sampai bila kita nak kekal dalam kepompong hidup?

nana kata> eqah tu pendam2 nanti meletop, lagi susah.

dia kata> chill la beb. dunia sementara. amek yang keruh buang yang jernih.

aku kata> aku maafkan korang. korang bole tido dengan aman.