16.4.10

Bersahabat Dengan Remaja

awal pagi sambil menghirup nescafe instance 3 in 1, aku tune in tv3. program MHI. just nice. bukan kebiasaan buat aku. selalunya selepas menyiapkan breakfast utk adinda kesayangan ke sekolah, aku membuta. pagi ini tidak. Dr Rudy, an handsome man from Sumatera said, kalau tidur selepas subuh, khuatir rejeki dipatuk ayam. aku tak nak rejeki aku dipatuk ayam..

tetamu jemputan ialah seorang Ustaz. Ustaz Hasrizal. muda lagi. a full time trainer at his own newly established consultation firm, Saifulislam Training & Consultancy. tajuk segmen memang menarik iaitu bagaimana bersahabat dengan remaja. aku masih remaja & bakal melangkah masuk alam dewasa. like my father said when i was celebrating my 19th birthday last 25th mac, u're no longer a teenanger, u're a ladylike.tak ramai remaja yg amek peduli nak bkawan dengan orang dewasa yakni org yg lebeh pengalaman & bijak daripadanya.mereka takut. jadi untuk kita yang sedang membaca ini, say i'm going to be 1st..yang lebih dewasa say, i'll will start 1st. jadi post kali ni aku simpulkan apa yang aku peroleh pada pagi penuh rahmat ni.mengikut acuan aku sendri.

  • rukun bersahabat dengan remaja
remaja adalah tempoh transasi daripada alam childhood ke alam dewasa.tempoh segala hormon utk stable.masa utk judikan apa yang ada & eksperimentasi dengan diri. jadi sebagai seorang dewasa rukun pertama untuk bersahabat dengan remaja ialah Jangan memperlekehkan mereka. sedari zaman Nabi Ibrahim a.s lagi, baginda diperlekehkan oleh penduduk kampung apabila diutuskan untuk menyampaikan dakwah hanya kerana baginda hanyalah seorang remaja-anak muda. sebagai another human being, remaja sepatutnya diberikan peluang dan tidak patut dilabel. gagalnya seorang dewasa mendidik remaja kerana tidak mematuhi rukun ini. sewenangnya remaja itu disisihkan setelah dilabel. dewasa tidak percaya dengan remaja tersebut. give them a space, trust them & don't take them for granted.


  • peranan
dewasa ini kita lihat media gah menjual cerita bayi terbuang. palitkan tahi ini ke muka seorang remaja. semalam aku lihat berita pelajar ipt mengaku bersalah buang bayi. jangan cepat melatah. kita lihat akar konflik ini. peranan institusi keluarga itu amat penting dalam membendung permasalahan ini daripada berlaku. umum tahu itu. hampir sedekad aku buat karangan, berbahas, berpidato benda yang sama aku dok ulang.institusi keluarga. juri tak dengar, audiens tak dengar, pekak ke orang dewasa ni? ceyh..sedap je aku smash..kena atas batang hidung sendiri baru tahu langit tinggi rendah..nauzubillah himinzalik..dalam menyampaikan ilmu kena sabar Afiqah, macam mane nak jadi lecturer nie..hehe..
2 tugas penting ahli keluarga yang lebih dewasa dalam famili/atau rakan/sedara mara..
1- berbual. yakni mendekati remaja tersebut. let say sebelum anak/adik kita tidur. dengar pertanyaan mereka & jawab dengan sebaik mungkin.lembut.atau tarik perhatian mereka dengan bercakap mengenai interest mereka.
2- education. mak/kakak jangan asyik nak membebel panjang berjela. remaja sekarang dah advance. tak macam zaman batu dulu. manfaatkan masa bersama dengan mengajar benda berguna.like my brother & i, he taught me how to cook & my elder sister trained me how not to be so easy on guys.hehe.& my mother taught me how to negotiate & get lowest price while shopping..cool..and my father, is my best friend in the whole wide world. he is my full time lover & full time friend too.. i ♥ u all..


different people have different perspective & ways.you consider yourself as an adult but you failed to understand the needs of being teenager. all they need is love. hugs & kiss them (strictly for mahram only okay). tell them that u love & always can count on you.

dalam perbualan antara saya & seorang guru kaunseling semasa di sekolah dahulu ( ya, saya juga pernah rebel-gamble seorang remaja)

guru> siapa kamu?
saya> saya Afiqah
guru> siapa kamu sebelum kamu?
saya> aaa...aa...a...dalam spm ada pertanyaan begitu ke cikgu?? (muka blurr) -___-
guru> (sambil senyum manis) kamu adalah abdullah, hamba Allah. itulah kamu dulu,kini & selamanya..
saya>ow.. bunyi macam UMNO lah pulak cikgu. (sengih kambeng)
guru> UMNO pun bukan UMNO.


  • foundation
jadi saya telah diingatkan tentang tujuan saya lahir ke bumi sebagai khalifah.saya telah disedarkan.apabila remaja yang kononya masih mencari identiti diri ini disedarkan tentang siapa dia yang sebenar, maka remaja akan lebih bertenang, tidak mudah gelabah & gelojoh membuat pilihan; black metal,punk,indie mahupun grunge; sebab dia sudah tahu dia siapa.
semuanya mengenai back to basics. semasa membina Madinah dahulu pun, Rasulullah s.a.w memberi penekanan terhadap akhlak terlebih dahulu.

  • payung & kereta
signifikasi seperti lelaki yang punya kereta yang cantik dengan seorang tua yang punya payung yang sederhana. lelaki tadi hanya menjaga kecantikan & kemantapan ngauman keretanya tanpa melakukan sesuatu yg berfaedah berbanding seorang tua yang payungnya dia guna untuk memayungi orang yang lain maka orang tua tadi lebih beruntung berbanding lelaki yang punya kereta tadi.sama seperti remaja, jika asasnya kita bentuk utk menyenangkan orang lain tidaklah mereka menyusahkan kemudian hari. utk remaja Malaysia sekarang jangan momokkan mereka supaya menjadi terlampau zuhud- takut terpesong. mereka yang dalam ketakutan diugut dengan pelbagai propaganda kumpulan ekstremis tidak akan kusyuk mendalami agama sendiri. secara halus kita tarik mereka untuk renung kepuasan di dunia & sekaligus kepuasan di akhirat kelak.


remaja ini seperti air. air yang bertakung kalau disimpan lama tidak diguna & tidak dialir akan menjadi busuk.

try test cuba ramuan di atas ini dulu. post seterusnya saya kupas lebih dalam tentang
remaja & dewasa.
renung-renungkan & selamat beramal (pinjam ayat Prof)
for the time being u can also visit a blog by ustaz Hasrizal
saifulislam.com