21.4.10

Angin

arwah atok belah babah aku penah cakap kepada babah (my daddy). dalam dunia nie ada banyak jenis kawan. ada kawan yang boleh bermain luar pagar rumah, yakni semua kawan 'hye-bye' type.jenis ni adalah jenis touch & go.banyak kawan jenis ni sama ada di pejabat, restoran mamak, hospital mahupun di taman tasik titiwangsa. ada pula kawan yang kita boleh ajak bermain dalam rumah, yakni mereka yang kita percaya sikit, kawan yang selalu ada semasa kita suka & kadang-kadang ada semasa kita duka. kawan jenis ini pon banyak ada semasa kita di puncak kegemilangan wakakaka..mempergunakan kebolehan masing-masing, time to adapt-lihat adakah kita serasi bersama atau "awak nampak pintu keluar itu?". yang kita percaya untuk short time period atau boleh sahaja berkekalan. ada juga kawan yang boleh kita ajak masuk dalam bilik. kawan jenis ini adalah sahabat sejati.bukan jenis naik kereta kuda berpedati hahahahaha..kalau kau paham baguih. suka duka semua tempoh bersama. kadang kita yang tak nampak dia tapi dia selalu ada di mana sahaja. tak pernah tolak panggilan telefon anda, mesej selalu dibalas segera, amat memberi perhatian kepada anda tanpa mengharap balasan. berada dengan dia anda berasa tenang.meraka adalah ibubapa, family, spouse, a very close friend of yours. jadi aku punya kawan yang singgah dalam hayat yang dipinjam ni. antaranya ada di sini. mengambil photo kadang kala tak perlu guna mesin, cukup dalam memori. click!



Ini Syah anak Unc Man. 6sense beliau sgt bertepatan dengan jiwa aku. mungkin kerna dia taurus n aku aries. haha. mengajar aku tentang dunia n how to deal with bitches. i called her MISS INDEPENDENT. syukur aku dipinjamkan dia tika aku masih bnyawa.biarpun dia javanese masih boley adapt ngn aku yg ala-ala siamese ni. -eh aku siamese ke? hahaa..
woi syah, aku sayang ko!


ini semua jenis taktahu malu punya kawan.hahahaha
from left sue cantik, farah bulat, alyaa 'blur', me & syah lagi. masa zaman transasi kanak-kanak kepada feminine blablabla we hangout together and mostly kat umah bulat. kami agak~~~~
i can't find the perfect word for that.bahahaha




ni rakan taulan semasa aku mengalami sindrom penyesuaian diri dalam environment baru.
from left nani mukerjee, pika a.k.a misha omar, pida 'model', syera'tot' & aku yang skema.bahahaha..gamba nie masa graduation form 5.
yeah..sape yang suka highschool + hostel.huh
sindrom makan kfc tengah malam buta pastu kena suluh dengan aspura~ sengal..hahaha



okay ni zaman kolej
. zaman kematangan la kunun.. ini dorm Tulus. keluarga aku di Kulim. ramai sangat kalau aku nak sebut. sekarang mereka masih lagi di malaysia. semuanya bakal bergelar mahasiswi. sweet memories dengan mereka ni. adapun dari single ke bertunang. adapun dari mayat hidup ke badot. adapun dari kering jadi berisi. adapun dari benci tambah benci vice versa. asam garam pahit manis.


graduasi KMK
ni family mummy daddy datuk nenek di KMK. adapun gamba mpp aku tak letak sebab kami takder gamba bersama.kahkahkahkah.
MACAM AKU KATA, CLICK! memori pon tercipta.


gamba sekolah rendah & tadika aku tak pakai kamera digimon lagi so takder la gambanya. ramai lagi aku akan jumpa jika paruparu ini mengepam oxygen lagi. agak-agak kalau blog ni tak diupdate sebulan korang sedekah yasin untuk aku.mudah.

aku kata
"kawan macam angin. sekali ia datang menyapa, ia takkan kembali ke tempat yang sama."
angin yang lain datang bertandang sekejap cuma. ada angin bagai tiang rumah. adapun angin keras bak taufan, adapun angin sepoi-sepoi bahasa biasa, adapun angin nak tak nak, adapun angin busuk.
semuanya beri kesan & impak pada aku
yang senang senang lah
yang sedap sedap lah
yang tenang tenang lah
yang ganas ganas lah

if & only if u can speak my language then we can become a good friend
lidah aku lidah satu malaysia
hahahahahaha
hahahahahaktuih