Slideshow

Photobucket

11 March 2012

Fasal orang yang saya pernah tersuka.

Cemburu pada mata dia yang memandang kamu dengan penuh kasih.
Cemburu dengan kesudian kamu bawa dia dalam dakapan lalu kamu peluk dia erat.
Cemburu kerana usapan lembut si dia memujuk kamu ketika ini.
Hati mana yang tidak kencang? Hati aku turut goyang.

Takdir kiranya telah berehsan denganmu melalui cara paling indah. Penggantian bidadari yang tidak lagi asing buat jiwa kamu yang runsing amat adil buat kamu. Aku akur, tiada paksa rela.

Kini lirik mata kamu tak akan ada lagi tarikannya pada aku. Tutur katamu biarlah dibuai angin lalu. Dan perhatian yang cuba kau berikan pada aku, berpada-padalah. Tembok asing ini biar aku bina tinggi agar tak bisa roboh hanya kerna hati ini amukkan kamu.

Bawa dia dalam bahagia selamanya. Aku tidak pernah hilang cumanya aku lebih senang, berada di sebelah tembok sana. Rasa rasionalisasi dan kewarasan hati liar ini menjadi kewajipan harus aku jinakkan sampai bila-bila.

***

Awak, semoga filem awak sukses selalu. ;D


05 March 2012

Hentian ke Sorga

Apa yang kamu tahu tentang kematian? Aku.. Aku tak tahu apa.


Mungkinkah bila aku tiba di sebelah sana yang menanti aku adalah kucing parsi peliharaan arwah nenek aku dahulu, Kathy yang bakal iringi aku ke petak pertama bertulis "Ruang Menunggu". Kathy satu-satunya binatang awal yang aku jinak. Selepas kematian Kathy aku cuba buka hati untuk menyayangi binatang yang lain tapi, selalu sahaja gagal. Oleh itu aku rasa Kathy yang paling layak mengiringi aku ke petak pertama "Ruang Menunggu". Ruang itu pula berdindingkan sofa lembut berwarna putih lepuk. Sekelilinginya sok suci. Ada bauan spesial, bau mawar melur seperti yang bonda tanam di hadapan pintu pagar rumah. Kathy yang sudah lama tak ketumu aku akan naik ke peha aku, sambil dengkur lembut di situ. Aku usap bulu lebatnya dengan penuh kasih. Terima kasih kerana masih menunggu aku Kathy. 

Bila tiba masa, konduktor bas mini akan bertanya aku mahu ke mana, dengan positifnya aku akan jawab;

"I'm on my way to heaven.. Sekalian?" 

Semestinya aku pelawa.. 

***

Tinggalkan sekejap buku akademik di meja belajar, turunkan pensel di tangan, leraikan ikatan rambut, cari tempat pembaringan, baring. Lihat ke siling. Lupakan dunia, sekejap. Ambil nafas, lepas. Beritahu aku, jika kau sudah mampu ramal kematian menjengah di hadapan mata, apa perkara paling enak yang kau boleh bayangkan menyambut kau di ruang sana?

Buntu kan? Sebab kematian tak pernah menjengah kau dan aku di hadapan pintu seperti mereka-mereka yang berpenyakit ada, mahupon mereka-mereka yang berperang di Syria sana. Sayang, kematian itu pahit jika kita ingin ianya pahit. Aku mahu kematian itu juga sebagai permulaan indah untuk hidup aku yang baharu.


02 March 2012

Kalau bercakap pasal adik beradik...


Kadang walau tangan kau gapai keluar dan kau jamah udara, tak ada yang mahu mengerling. Apatah lagi menjeling.

Kadang walau sekuat mana kau kocak tangan kau di udara dan badan kau tenggelam timbul dipukul badai laut, kaki keduanya laju menendang apa sahaja bentuk ancaman laut di dasarnya, masih, masih tak ada yang menjeling. Mungkin ada yang menonton tapi tak ingin pon datang dekat.

Kadang kau menempik sekuat mana pon, dengan air masin laut gelegak geleguk masuk ke dalam kerongkong, "Tolong!! Tolong aku!" usahkan polong, manusia pon hanya beri kau tenung kosong. 

Kadang yang kau harapkan bukan alien planet marikh teropong, bukan orang asing hulur tangan menolong, kau harap darah daging kau usaha nak apungkan, sedikit pon, tak, tak ada. 
Semuanya bohong!

Ya, air yang dicincang tak akan putus. Namun air juga yang 'lemaskan' kau. 

"Aku kalau adik beradik ni aku tak mintak banyak. Aku hanya perlu sokongan dan perhatian sahaja. Tak perlu harta, harta aku boleh cari sendiri."

27 February 2012

Majalah Tuan

Maafkan saya tuan. Saya tak membaca majalah yang bersepah boleh dapatkan di gerai-gerai jual majalah, makanan ringan juga surat khabar. Saya tak membaca apa bentuk sekali pon majalah. Bukan Mangga, bukan URTV, bukan Solusi bukan apa apa pon.

Tuan. Saya sudah agak lama di tanah orang. Walau balik sekali sekala menjenguk emak di tanah air jaranglah sekali saya menyentuh dada majalah terpampang wajah-wajah selebriti tanah air malaysia. Hanya mampu mengerling majlaah berharga RM 6.80. Alangkah baik kalau duit untuk majalah itu saya isi dengan nasi berlaukkan ayam goreng serta teh o ais limau di restoren Nilam buat makan tengah hari. Perut saya kenyang, saya gembira Tuan.

Tuan. Saya tak mahu mengadu panjang tentang apa yang tak kena dengan majalah di Malaysia. Kenapa? Teknologi kan ada Tuan. :)

Dari saya langgan majalah gossip, saya boleh layari laman web BeautifulNara, RotiKaya, Oh! Media dan sebagainya. Mahu lihat fesyen terbaru? Saya buka blog-blog The Scarflets. Mahu infomasi serba pantas, apa guna Twitter. Mau info kesihatan saya klik sahaja Yahoo! News. Dihujung jari sahaja tuan. Lebih berbaloi-baloi..

Exodus Musa (Gambar & etc)

r
Sekitar Tursina.

Matahari bangun pagi.

Salam Alayk

Menjejak

Main sorok-sorok

Bliss

Tegur

Exodus Musa

Pulang ke asal


Antara Dua Belah

Majmuk

St Catherine, Sinai.

Lembu Samiri

Sembahan Lembu Samiri

Exodus, perkataan yang berasal dari Greek membawa maksud "jalan keluar". Mengisahkan tentang Nabi Musa membawa keluar kaum Bani Israel keluar daripada Mesir menuju ke Palestin. Laluan keluar tersebut mengambil tempat di Sinai. Bani Israel membuat kacau bilau pada penduduk negara Mesir dan tiada jalan lain bagi Musa melainkan membawa sekumpulan Bani Israel ini keluar dari Mesir. 

Gunung Sinai (Tursina, Jabal Musa & Mount Sinai) berketinggian 2885 meter,mengambil masa 4 jam mendaki pula merupakan tempat pertapaan Nabi Musa yang rindu mahu bertemu Allah swt. Setelah diperlihatkan zatNya, hancur lebur segala gunung ganang sekitar Gunung Sinai. Allah swt menurunkan Tabut Perjanjian (10 commandments). Di puncak gunung terdapatnya masjid dan gereja. Juga kesan batu yg melindungi Nabi Musa sewaktu zat Allah diperlihatkan. Sewaktu pertapaan Nabi Musa berpuasa selama 30 Hari. Al Araaf 143.

Lembu Samiri yang terukir pada batu bukit dikatakan berasal dari pancaran emas dari patung lembu yang asal (telah dihancurkan Allah) Pengukir asalnya bernama Samiri salah seorang pengikut Nabi Musa. Sepanjang 40 hari ketiadaan Nabi, Bani Israil hilang punca lalu Samiri mengaku mampu memimpin Bani Israil lalu membuat patung sembahan. Kaum Bani Israil turun membuat kacau walau pada masa itu walaupun di bawah pemerhatian Nabi Harun (anak saudara  Nabi Musa) Turun dari Tursina, Nabi Musa yang bengang dengan perbuatan kaumnya, Nabi Musa melemparkan 10 loh Torat kepada kaumnya,  menggenggam rambut Harun dan menariknya rapat ke tubuh Musa sehinggalah amarahnya reda. Nabi Harun meninggal awal, makamnya dikatakan di semadi di Bukit Hur, berdekatan tapak lembu samiri. Al Araaf 148.

Gereja St Catherine. St Catherine merupakan pengkit juga sahabat Nabi Musa paling akrab. Dia turut mengikuti Musa bertapa di puncak Sinai tetapi meninggal. Pengikut yang lain menanam jasad Catherine di kaki gunung tersebut. Datang paderi kristian serta yahudi mendakwa Catherine merupakan seorang paderi. Dalam gereja tersebut terdapat pohon Shajaratul Mubarakah, pohon zaitun. Seperti yg dijanjikan dalam surah Al Mukminun ayat 20, minyak dari buah ini mampu menambah rasa pada makanan. Padanlah Paderi dari Sepanyol mengatakan minyak zaitun ni sacred. Ustaz dan pak imam kita lebih gemar minyak sapi, minyak sawit buat goreng roti canai ye dak. Hmm..